Harga Emas Dunia

Nov 7, 2010

TUKARKAN MAS KAHWIN(MAHAR) DALAM BENTUK DINAR EMAS



Menurut istilah syara' mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 4 :
" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat"
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
Di sini saya merasakan adalah lebih baik kita menukarkan pemberian mahar yang sebelum ini diberi dalam bentuk wang ringgit kepada pemberian DINAR EMAS.
Mahar ini merupakan hak isteri dan akan menjadi simpanan pada masa depan kepada warga Isteri. Para isteri akan mendapat keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut pada masa depan.
Saya amat yakin para bakal Isteri akan bersetuju untuk menerima Mas Kahwin mereka dalam bentuk Dinar Emas.
Syabas kepada kawan-kawan saya yang telah menggunakan Dinar Emas ini sebagai Mas Kahwin mereka.
Anda telah melindungi kekayaan isteri anda untuk masa depan mereka.



http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive

Nov 5, 2010

KONSEP KUTU EMAS



Harga EMAS setiap tahun meningkat purata 20% setahun. Bermula daripada tahun 1997 harga emas sekitar RM 80/g, Tapi hari ini tahun 2010, harga emas sudah mencecah RM 150/g.

Ramai orang yang akan mengeluh kerana untuk membeli emas, mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak berbanding sebelum ini.

Untuk membeli emas, kita memerlukan wang yang agak besar.  Seperti contoh untuk membeli 1 dinar emas sekarang kita memerlukan RM 630. Jadi mungkin sebahagian daripada kita tidak mampu untuk membeli dinar emas.

Tapi jangan risau, masih ada cara untuk membeli emas. Kaedah yang saya cadangkan adalah dengan menggunakan konsep kutu.  Anda perlu mencari rakan2 yang anda kenal dan percaya untuk menjalankan konsep kutu emas ini.

Sekiranya anda hanya menyimpan RM 100 sebulan, maka anda perlu masa 6 bulan untuk membeli 1 dinar emas. Tapi mungkin selepas 6 bulan, anda terpaksa membayar lebih kerana kenaikan harga emas tersebut. Tetapi melalui konsep kutu emas ini, rakan-rakan perkongsian akan sama2 menyumbang dan berkongsi untuk membayar kenaikan harga emas tersebut.

KAEDAH KUTU DINAR EMAS
Plan group of 6 (Setahun seorang akan dapat 2 dinar emas)
No
Bulan
Harga Pasaran Emas(RM)
Bayaran seorang(RM)
1
October
625
104.17
2
November
630
105.00
3
December
635
105.83
4
January
640
106.67
5
February
645
107.50
6
March
650
108.33

AVERAGE
637.5
106.25

Plan group of 3(Setahun seorang akan dapat 4 dinar emas)
No
Bulan
Harga Pasaran Emas(RM)
Bayaran seorang(RM)
1
October
625
208.33
2
November
630
210.00
3
December
635
211.67
4
January
640
213.33
5
February
645
215.00
6
March
650
216.67

AVERAGE
637.5
212.50

KONSEP BELI EMAS BARU BERBELANJA

PELABURAN EMAS

Purata kenaikan harga emas untuk setahun 20%
Purata keuntungan ASB = 7% (tidak dikira kadar inflasi tahunan dan zakat)
Purata keuntungan Koperasi = 7% - 10%

KONSEP BELI EMAS BARU BERBELANJA


Dapat gaji bulanan, tukarkan wang gaji anda dalam bentuk EMAS, selepas itu baru berbelanja
Sebelum ini, anda menyimpan dalam ASB/Tabung Haji/FD/Koperasi sebulan RM 400.
Sekarang, andainya anda membeli emas setiap bulan untuk mengganti simpanan RM 400.
PENERANGAN
Anda mendapat gaji bulanan RM 2000. Kemudian anda beli EMAS 10g berharga RM 1490.
Pajakkan di Agro Bank yg paling tinggi buat masa ini. Anda ditawarkan pinjaman 70% dari nilai marhum.
Nilai Emas semasa 999 Agro Bank = RM159.10/g ; Nilai Pinjaman yg ditawarkan = 70% * RM159.10 * 10G = RM1,114.00
Oleh yang demikian gaji yang boleh anda guna
= RM 2000 – RM 1,490 (10G EMAS) = RM510 + RM1114 (nilai pinjaman ) = RM1624 Sebulan
So anda telah berjaya membeli emas dan masih boleh berbelanja seperti biasa


Mengapa perlu menyimpan emas?

Mengapa perlu menyimpan emas?
1. Emas adalah sumber kekayaan yang sebenar.
• Emas bernilai untuk selama-lamanya. Daripada zaman firaun sehingga sekarang nilai emas sentiasa meningkat.
2. Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang
• Emas merupakan pelaburan yang paling untung untuk jangka masa panjang. Makin lama anda simpan emas anda, makin besar keuntungan yang kita akan perolehi.
• Emas mengekalkan kuasa belinya dalam tempoh masa panjang. Sebagai contoh pada zaman Rasulullah SAW, 1400 tahun yang lalu, 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing. Pada zaman sekarang jugak kita boleh membeli seekor kambing dengan menggunakan 1 dinar emas sahaja.
3. Nilai mata wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang
• Kuasa beli wang kertas akan semakin jatuh akibat dipengaruhi inflasi

Jadi apa fikir lagi? Bertindak segera untuk melindungi kekayaan kita. Tukarkan semua simpanan kita dalam bentuk wang kertas kepada simpanan EMAS…

Nov 3, 2010

Pelaburan Emas



Pelaburan di Malaysia
Seperti yang kita tahu, banyak pelaburan yang disediakan untuk kita melaburJ
Jenis-jenis pelaburan di Malaysia
No
Jenis Pelaburan
Keuntungan
1.                    
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
8%
2.                    
Unit trust – Risiko tinggi
20% - 30%
3.                    
Unit trust – Risiko rendah
10%
4.
Tabung Haji
9%
5.
Emas
20 -30%
6.
Fixed Deposit
10%

Tahukah anda pelaburan emas merupakan pelaburan yang memberikan keuntungan yang paling besar?
Ini adalah kerana emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat. Kuasa beli emas semakin meningkat disebabkan emas tidak dipengaruhi oleh inflasi. Emas mengekalkan kuasa belinya untuk jangka masa panjang.
Pelaburan lain berdasarkan wang kertas di mana nilai wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang. Kuasa belinya akan merosot akibat inflasi. Keuntungan sebenar yang diperolehi dalam pelaburan yang melibatkan wang kertas akan dipengaruhi kadar inflasi 4% setahun bergantung kepada keadaaan ekonomi semasa.
Jadi, kenapa memilih pelaburan yang tidak memberi keuntungan yang sebenar kepada kita???
Jadikanlah pelaburan EMAS ini sebagai Benchmark untuk anda memilih jenis pelaburan dalam melindungi kekayaan kita…. Renung2kan lahJ