Harga Emas Dunia

Dec 22, 2010

Seminar Kebangkitan Dinar Islam Dalam Muamalah Ummah

Sedang berada di PWTC untuk mendengar dan memahami tentang dinar islam.
Dapat juga memahami tentang sejarah penggunaan wang kertas. Kita sebenarnya sudah ditipu dengan penggunaan wang kertas ini. Saya akan menerangkan lebih mendalam selepas selesai seminar ini.

Dec 16, 2010

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham Part 3

Mengapa perlu menggunakan Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)

1. Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia dan merupakan sumber kekayaan yang sebenar.
• Emas bernilai untuk selama-lamanya. Daripada zaman firaun sehingga sekarang nilai emas sentiasa meningkat.

2. Emas mengekalkan kuasa belinya dalam tempoh masa panjang.
~ Sebagai contoh pada zaman Rasulullah SAW, 1400 tahun yang lalu, 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing. Pada zaman sekarang jugak kita boleh membeli seekor kambing dengan menggunakan 1 dinar emas sahaja.
~ Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham, hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

3. Nilai mata wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang
• Kuasa beli wang kertas akan semakin jatuh akibat dipengaruhi inflasi

Jadi, Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan Dinar dan Dirham.

Bersambung....

Part 4 : Bagaimana dan bila boleh menggunakan Dinar dan Dirham?

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham Part 2

Apa itu Dinar dan Dirham?

Dinar merupakan mata wang yang berteraskan emas. Standard dinar telah diperkenalkan dan ditetapkan oleh khalifah Umar Al-khatab yang telah menetapkan berat timbangan dinar emas adalah sebanyak 4.25 gram. Penggunaan dinar ini telah digunakan secara meluas pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam.. Manakala dirham pula berteraskan perak.

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916).Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Tahukah kita, Dinar dan dirham adalah mata wang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Hadis Nabi...
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Untuk membezakan dinar emas yang dikeluarkan oleh pemerintah Islam dan pemerintah barat, dinar dan dirham tersebut diukir dengan Kalimah Syahadah dan ayat Al-Quran.

Bersambung...

Part 3 : Mengapa perlu menggunakan Dinar dan Dirham?

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham... Part 1

Pengenalan....

Dinar dan dirham merupakan mata wang sunnah. Sebagai org muslim kita perlu sedaya upaya untuk mengamalkan dan menggunakan mata wang sunnah ini. Masih ramai lagi yang tidak mengetahui mata wang sunnah ini. Ini disebabkan kita sudah diasuh drpd kecil menggunakan mata wang kertas yang lahir daripada idelogi zionis sejak pemerintahan khalifah islamiyyah lagi. Mereka telah memperkenalkan sistem bank yang berteraskan riba dengan mencipta wang kertas.
Mungkin kita tidak sedar dengan penggunaan wang kertas ini, nilai mata wang kita semakin lama semakin jatuh. Kita boleh ambil contoh mata wang rupiah indonesia. Pada masa indonesia mendapat kemerdekaan, nilai 500 rupiah bersamaan dengan 1 dinar emas. Tetapi sekarang ini, rakyat indonesia perlu memiliki 3000 keping syiling 500 rupiah untuk membeli 1 Dinar emas.
Adakah kita mahu negara kita mendapat nasib yang sama? Fikir2kan.. Semoga Allah merahmati kita.. Amin..
Bersambung pada part 2...

Harga Pajak Emas Ar-Rahnu Agro Bank Dec 2010

Harga naik lagi!!!

AU 999 

Bulan
Kadar Emas Per Gram
November
165
December 
168.5

AU 916

Bulan
Kadar Emas Per Gram
December 
151.9


Sharing is Caring...

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS: KEBANGKITAN DINAR EMAS DALAM MUAMALAH UMMAH

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS: KEBANGKITAN DINAR EMAS DALAM MUAMALAH UMMAH

Bagi pendokong Dinar dan Dirham, emas dan perak mari kita penuhkan seminar ini:


PERSATUAN ULAMA MALAYSIA & AL-QAFILAH INTERNATIONAL

menjemput anda semua ke

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS
bertajuk

“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”
22 Disember 2010, Rabu, Bilik Perhentian, PWTC, Kuala Lumpur

Suatu peluang keemasan untuk menyedari kelemahan sistem kewangan semasa dan menyiapkan diri bagi menghadapi kemelut krisis kewangan yang bakal melanda. Kepada pihak yang inginkan jaminan harta simpanan, keadilan dalam perdagangan dan kesempurnaan dalam beribadah, dijemput hadir beramai-ramai.

Pengenalan

Untuk melestarikan usaha Dinar & Dirham di Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia bersama Al-Qafilah International Sdn Bhd akan menganjur Seminar Minisiri Dinar Emas bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keperluan Dinar & Dirham dalam Muamalah umat Islam.

Pelancaran Kelab Penyokong Dinar dan jualan Dinar & Dirham akan turut memeriahkan lagi acara ini.

Pengisian

* Pandangan Menyeluruh & Trend Semasa
* Kemunculan dan kejatuhan matawang kertas
* Mengapa harus dikembalikan Dinar & Dirham
* Dinar Emas dalam Syariah
* Apakah kegunaannya & sudut Fikh
* Masa depan sistem kewangan Dinar & Dirham

Program Cadangan (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan)

08:30 am Pendaftaran

09:00 am Pembukaan oleh Penganjur

09:05 am Bacaan Al-Qur’an

09:10 am Ucaptama & Perasmian ‘Kelab Penyokong Dinar’

-Dato' Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, YDP Persatuan Ulama’ Malaysia.

09:40 am: Montage – “The Dinar Experience”

09:45 am: Topik 1: Inisiatif Dinar Emas – Pandangan Global

- Haji Zahimi Bin Chik, Pengarah Urusan Al-Qafilah International

10:05 am: Topik 2: Kemunculan dan Kejatuhan Wang Kertas

- En. Khalidshah, Ahli Bersekutu Gold Dinar Research Group, USM

10.30 am Rehat / Sketsa

10:50 am: Topik 3: Kegunaan Dinar & Dirham

- En. Mazli Alias, Pakar Penganalisis Pasaran Ekuiti

11:30 am: Topik 4: Jual Beli Dalam Islam

- Haji Awaluddin, Nubex Venture

12:00 pm: Topik 5: Dinar Dirham – Langkah Kehadapan

- Puan Norbaini Hassan, Konsultan Kewangan

12:30 pm: Topik 6: Kelab Penyokong Dinar

- En. Redhuan Oon, Pengasas ADempiere

SESSI PETANG

01.00 pm: Rehat & Solat Zohor

02.00 pm: Topik 7: Perbincangan tentang Matawang dalam Kitab Klasik dan Semasa

- Haji Abdullah Zaidi bin Hassan, Penyelidik

02.30 pm: Topik 8: Perkembangan Dinar Dirham Di China.

- Haji Ann Wan Seng, Pendakwah

03.00 pm: Topik 90: Dinar Dirham sebagai Matawang Syariah

- Ustaz Rafidi Hashim Pendakwah

03.30 pm: Topik 10: Dinar Dirham dan Kaitannya dengan Zakat dari Perspektif Fiqh

- Dr. Luqman Haji Abdullah, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul U. Malaya

04.00 pm: Penutupan

- Prof. Umar Ibrahim Vadillo, Pengarah Urusan Kelantan Golden Trade

Yuran Pendaftaran

* Seminar + 1 sarapan = RM 50
* Seminar + 3 makan = RM 150

Cara Bayaran

1. Cek boleh dibuat kepada Al-Qafilah International Sdn Bhd" atau;
2. Deposit wang ke akaun no. 562759-107970 di Maybank Berhad, Kota Damansara Branch, Selangor.

Hubungi

1. En. Khairul :             013 671 4932      
2. Amzar :             03 7729 9640      
3. Zahimi :             017 882 4223       (zahimi@al-qafilahinternational.com)

TARIKH TUTUP: 14 DIS. 2010

Dec 15, 2010

Dinar sebagai medium pertukaran perdagangan antarabangsa masa depan

Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir
LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) -- Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.

"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir pada hari Rabu.

"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya.

Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.

Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.

"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.

Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.

"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting."

"Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA ---

Nov 25, 2010

Stock Collection Notice

Muslihat Bank Islam - Sheikh Imran Hossien


BIJAK EMAS: Simpan Dahulu, Senang Kemudian: WARNING!

BIJAK EMAS: Simpan Dahulu, Senang Kemudian: WARNING!: "Gambar ini membuktikan yang jual-beli EMAS di Malaysia adalah bebas dan tidak ada kena-mengena dengan apa-apa Akta melibatkan matawang. ..."
Oleh itu anda semua tidak perlu takut atau ragu-ragu kerana kami di Team Bijak EMAS hanya menjalankan aktiviti jual-beli EMAS menggunakan produk daripada Public Fine Gold International Sdn Bhd. 




Kami tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen daripada pembelian EMAS kami. Anda akan memperolehi keuntungan dengan menyimpan EMAS kerana harga EMAS meningkat setiap tahun,  mempunyai nilai intrinsik dan paling penting EMAS adalah penyimpan kekayaan anda. Anda beli EMAS, anda dapat EMAS. Lebih membanggakan  EMAS yang dijual oleh kami adalah lebih murah daripada yang terdapat di kedai-kedai EMAS seperti Poh Kong, Wah Chan & Habib Jewel. Setiap emas keluaran Public Gold mempunyai sijil pengesahan ketulenan daripada Penang Assay Office Sdn Bhd.
 
Hubungi kami di Team Bijak EMAS untuk maklumat lanjut. Mulakan hari anda dengan memiliki EMAS.

Nov 18, 2010

EMAS SEBAGAI PENGGANTI KAD KREDIT

Saya yakin banyak orang yang mempunyai kad kredit. Kadang2 satu orang akan ada 1-3 kad kredit. Kadang2 kita tidak mintak pun bank akan hantar juga ke alamat umah kita. Betul kan? Memang benar kadang2 kad kredit ini berguna ketika emergency tapi sedarkah kita sebenarnya banyak kos-kos tersembunyi apabila kita menggunakan kad kredit.  Bermula tahun ini, setiap pemegang kad kredit perlu membayar caj RM 50 kepada kerajaan. Tiba2 plak kena bayar pada kerajaan. Huhu. Kalau kita beli barang secara kredit. kalau kita bayar lambat, kita kena finance charges,late payment dan macam2 lagi. Tengok2 betapa senangnya orang lain mahu mengambil wang kita. Macam2 lagi kos tersembunyi yang xperlu saya nyatakan sebab semua org dah tahu.


So tahukah anda semua kita boleh menggunakan emas kita sebagai kad kredit yang diuruskan oleh kita sendiri. Xperlu apply kad kredit dari bank mane2. Dengan menggunakan emas, kita boleh berbelanja ketika perlu dan emergency.


Bagaimana cara ini berguna?  Mari kita terangkan lebih mendalam.  Kaedah ini boleh digunakan menggunakan sistem pajak di Ar Rahnu. Katakan anda mempunyai 20g emas dan anda amat memerlukan duit untuk membayar duit insurance kereta anda. So anda pajak di Agro Bank dan akan mendapat wang tunai sebanyak RM 2,310. Ambil wang tersebut dan bayar kepada syarikat insurance dan masalah anda selesai. Lihat senang sahaja kan? Anda mempunyai masa selama 1 tahun 6 bulan untuk tebus emas anda tersebut. Anda tidak perlu takut dengan late payment atau finance charge. Tiada bayaran atau denda akan dikenakan kepada anda tiap2 bulan. Anda hanya perlu membayar upah simpan yang amat minima. Anda sendiri yang mengawal kewangan anda. Anda boleh membayar sekiranya anda mempunyai wang simpanan lebih.


Anda boleh mengubah nasib anda dengan bertindak untuk tidak menggunakan kad kredit. Semua sistem kredit hanya untuk menguntungkan pihak bank sahaja. Jangan biarkan Bank mengawal perbelanjaan anda. Bertindak segera. Tukarlah simpanan anda dalam bentuk emas. Banyak faedah dan kegunaannya. 
Wassalam… Ikhlas dari Madya… www.nilaiemas.com

Nov 16, 2010

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat

"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya."

"Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.
Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan."

"Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.
"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.
"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya."

Petikan daripada Utusan Malaysia...
Utusan Malaysia Online - Bicara Agama 16 November 2010

Nov 15, 2010

Harga Pajak Emas di Ar Rahnu Agro bank naik lagi!!



Rasanya mesti ramai tidak tahu kadar harga emas di Ar Rahnu Agro bank setiap bulan meningkat.
Mari kita buat sedikit analisa.


Daripada jadual di atas, kadar harga pajak emas di Agro Bank semakin meningkat selaras dengan peningkatan harga emas dunia.

So apa yang perlu kita buat sekarang??? Harga emas sedang menurun dan kadar harga emas di Agro Bank dah tinggi, maka masa ini la kita menggunakan kaedah pajak untuk memajak emas kita untuk menambah simpanan emas kita.

Sebenarnya kita sudah untung sebab harga emas sekarang adalah RM153 per gram tapi bila kita pajak di Agro Bank kita dapat RM 165 per gram!!!!

So pakat ramai2 pegi pajak emas di Agro Bank dan tambahla simpanan emas kita.
Hubungi ejen2 di www.bijakemas.com dan ejen2 bersekutu di www.nilaiemas.com

Harga Emas Sedang Turun...


Sejak hari jumaat lepas harga emas turun dan naik. So bila harga emas turun apa yang perlu kita lakukan???
Masa harga sedang turun adalah masa yang paling sesuai untuk menambah stok kita. Ingat 3 kaedah membeli emas??

1. Beli emas bila kita ada duit. Xperlu risau pasal harga tinggi or rendah sebab kita pun sendiri xtahu bila harga tinggi dah rendah..
2. Beli emas secara konsisten. Tiap2 bulan beli la emas sekiranya ada duit.
3. Beli emas ketika harga sedang turun dan jual ketika harga emas sedang meningkat.

So apa fikir lagi? time harga sedang turun ini, kita pakat2 la borong emas banyak2.. Xrugi menyimpan emas.
Cuba beli emas dan merasai keuntungan emas ini. Sesiapa yang nak beli emas boleh la contact ejen2 www.bijakemas.com dan ejen2 bersekutu www.nilaiemas.com

Sama2 la kita menukar simpanan kita dalam bentuk emas

Nov 14, 2010

Pelaburan ASB dan Emas. Antara Fakta-Fakta yang Menarik


Anda mempunyai duit sebanyak RM10,000 dan anda mempuyai 2 pilihan sama ada simpan dalam ASB atau simpan dalam bentuk EMAS.









Nov 12, 2010

Teknik Menyimpan Emas Fizikal

Jika anda inginkan keuntungan maksima, lebih elok jika anda menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan emas dalam bentuk akaun simpanan (e.g Gold Invesment Account)


Ini kerana emas fizikal sangat senang untuk dijual tidak kira masa atau tempat sekiranya ada pembeli yang berminat. Anda tidak perlu risau untuk mencari pembeli kerana emas diterima di mana-mana sahaja. Selain itu, emas fizikal juga boleh dipajak di Bank Rakyat, Agro Bank atau mana-mana kedai pajak (eloklah pilih teknik pajakan Islam Ar Rahnu) – artikel mengenai senarai tempat pajakan Ar Rahnu akan menyusul selepas ini – Be Aware ye pencinta emas..!!

Sedikit penerangan ringkas tentang teknik menyimpan emas fizikal :

1. Beli emas fizikal dan simpan sebagai aset – simpan selama mungkin dengan andaian harga emas naik sebanyak 27%-30% setahun akan menjadikannya sebagai sumber tunai pada masa hadapan

2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi – teknik paling mudah sekali. beli emas fizikal dan bila harga naik melepasi target keuntungan,maka boleh jual semula

3. Beli emas fizikal, pajak dan beli lagi emas fizikal – utk try teknik ni kene ade ilmu di dada jugak sebab silap2 haribulan emas anda terbang ke bank atau kedai pajak..secara ringkas tentang teknik ini : e.g anda pajak emas di Agro Bank, dapat 70% wang tunai, gunakan untuk beli emas lagi..bile harge naik jual emas kedua yg anda beli, dapat wang tunai n tebus semula emas pertama yg anda pajak…anda boleh juga mengulangi teknik ini sebanyak yg mungkin..tetapi pastikan anda tetap mempunyai emas fizikal di tangan..jangan pajak semua ye..!! nanti tak tertebus..

4. Berniaga emas – kalau nak kaya-raya…jadilah toke emas… 

Selamat Membeli Emas!!

Nov 11, 2010

Jangkaan Harga Emas pada Masa Depan

"The price of gold may reach US$2,000 per ounce within two years.Malaysia Nanban quoted Habib Jewellers managing director Datuk Meer Sadik Habib as saying the price of gold would "definitely" rise in the short-term although there could be some adjustment.
However, he said over the long term, the price would increase due to the weaker US dollar and the ongoing demand for the commodity. Meer said many countries were also keeping gold reserves, with India and China holding some US$2 trillion worth." Quoted from The Star, Thursday 11 November 2010
Kalau ikut prediction daripada tokey Habib Jewel ini harga emas akan meningkat sampai US$2,000. Sekarang ini baru US$1415.00. Semakin mahal la kalau kita nak beli barang kemas kat Habib Jewel. So better beli la emas waktu sekarang ini. Dalam tempoh 2 tahun je Insya Allah keuntungan kita berlipat kali ganda. Aminnn 




Nov 10, 2010

KONSEP BELI EMAS BARU BERBELANJA EPISOD 2


Dalam artikel sebelum ini, mesti ramai yang tertanya bagaimana kita hendak menebus emas yang kita telah pajak di Ar Rahnu Agro bank. Dalam episod ini saya akan menerangkan 2 cara untuk menebus emas tersebut.
Cara yang pertama:
Rancang perbelanjaan bulanan anda dengan menyimpan simpanan anda untuk menebus emas tersebut.
Tempoh tebus di agro bank adalah selama 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan = 1 tahun 6 bulan
Anda mempunyai masa 1 tahun 6 bulan untuk menebus emas anda di agro bank.  Rancang perbelanjaan anda untuk menebus emas ini.  Setelah anda mempunyai simpnan yang cukup, anda boleh la menebus emas tersebut. Kita hanya membayar nilai pinjaman sahaja dan bukan mengikut harga emas semasa.
Ingat! Pastikan anda membayar upah simpan untuk setiap 6 bulan.
Anda ingin tahu bagaimana pengiraan upah simpan?? Mari kita buat pengiraan
Harga emas semasa di Agro bank = RM 159.10 ; Anda pajak 10g emas
UPAH SIMPAN UNTUK 6 BULAN

= Nilai marhum (159.10x10g) x kadar upah simpan per gram (0.60) x 6 bulan
                                                                     100
= RM 57 untuk tempoh 6 bulan
Setelah anda mempunyai cukup simpanan, anda boleh la menebus emas tersebut.  Anda telah untung kerana bukan sahaja anda dapat berbelanja seperti biasa tapi anda mempunyai emas yang harga sudah tinggi nilainya.
Cara yang Kedua :
Cari customer untuk beli emas anda yang telah dipajak. Anda mempunyai masa 1 tahun 6 bulan untuk menjual emas anda.  Andai pada bulan ke 6 ada customer yang ingin membeli emas anda (andaikan harga semasa emas pada ketika itu bernilai RM1700), so anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menebus emas anda di agro bank. Mari kita lihat keuntungan yang anda perolehi selepas menjual emas tersebut.
Keuntungan = RM 1700 (Harga emas semasa) – RM 1100 (Nilai pinjam)
                            = RM 600
So, keuntungan yang anda perolehi dalam masa 6 bulan sahaja adalah sebanyak RM 600.00. Sekiranya anda menyimpan emas tersebut lebih lama lagi maka tinggi la keuntungan yang anda dapat.

Nov 9, 2010

Harga Emas sudah mencecah USD 1400/oz - satu rekod baru


Terkejut bila tengok harga emas dah mencecah USD 1400/oz... Harga di Malaysia pun dah mencecah RM 140/g... Bila baca2 artikel pasal kenaikan harga emas nie dekat paper dan internet baru sedar mmg jangkaan mereka betul. Bulan 11 harga dah mencecah USD 1400/oz.. Kalau ikut prediction hujung tahun ini or awal tahun depan harga emas akan mencecah USD 1500/oz... Huish.. makin mahal plak nak beli emas sekarang ini.. Nasib baik dah ada sikit simpanan emas:)

Alhamdulillah rezeki murah hari ini

Syukur2 hari ini dapat siapkan 2 artikel pasal emas simpanan masa depan...
Hari ini jugak dapat jual 10 x 1 dinar emas dan 1 x 20 g Emas Public Gold:)
Kawan2 ofis pun sudah memahami konsep simpanan emas ini. Moga2 ramai lagi
yang menyimpan simpanan mereka dalam bentuk emas:)


Nov 8, 2010

EMAS SEBAGAI SIMPANAN MASA DEPAN EDISI PERKAHWINAN


Tahukah anda bahawa emas merupakan penyimpan nilai yang terhebat? Emas tidak dipengaruhi oleh Inflasi. Kuasa beli kita tidak akan berubah sekiranya kita menggunakan emas sebagai simpanan kita. Bagi orang-orang yang muda yang merancang untuk berkahwin pada masa akan datang, mereka akan mula untuk menabung untuk berkahwin. Bukan mudah untuk berkahwin sekarang ini. Paling kurang RM20,000 diperlukan untuk belanja perkahwinan.
So kita akan berfikir di manakah kita mahu menyimpan duit untuk berkahwin. Kita akan berfikir untuk mencari pelaburan yang mana memberi pulangan paling besar.  Di sini saya merasakan pelaburan EMAS merupakan satu pelaburan jangka panjang yang paling besar dan menguntungkan.
Dengan menukar simpanan anda kepada EMAS, anda tidak akan kehilangan wang anda. Anda bukan sahaja boleh melangsungkan perkahwinan anda malah anda dapat emas sebagai simpanan masa depan anda. Anda boleh mula menabung dengan membeli emas setiap bulan.  Gunakan duit yang kita hendak simpan tiap-tiap bulan dengan membeli emas.
Katakan anda ingin berkahwin dalam masa 2 tahun. Mari kita buat Analisa dan Pengiraan.
Andaikan anda ada simpanan RM 10,000 sekarang. Anda tukarkan simpanan kepada EMAS.  Dengan wang RM 10,000 anda dapat membeli 64 gram Emas.

Harga emas sekarang (November 2010)
1 gram = RM 156
64 gram = RM 10,000
Berdasarkan pengiraan masa lepas (sila rujuk graf di bawah) purata kenaikan emas adalah sebanyak 30 -37% setahun. Kita ambil purata kenaikan sebanyak 30% sebagai pengiraan kita.
Tahun
Simpanan
% Kenaikan emas
Jumlah simpanan
2010 - 2011
10,000.00
30%
13,000.00
2011 - 2012
10,000.00
30%
16,000.00

Maka jumlah simpanan anda pada 2 tahun akan datang adalah sebanyak RM 16,000.00!
Selepas 2 tahun, anda boleh menggunakan wang tersebut untuk belanja perkahwinan anda.
Ada 2 cara yang boleh anda gunakan.
1.       Jual semua emas anda dan akan mendapat wang  tunai sebanyak RM 16,000.00.
2.       Pajak ke Ar Rahnu Agro Bank dan anda mendapat 70% daripada jumlah harga semasa emas.
Saya mengesyorkan anda menggunakan kaedah 2 kerana anda masih boleh menggunakan emas tersebut sebagai simpanan masa depan di samping anda dapat melangsungkan perkahwinan anda.
Anda bawa emas anda ke Ar Rahnu Agro Bank untuk pajak emas tersebut. Anda akan mendapat wang tunai sebanyak 70% daripada jumlah harga emas semasa. RM 16,000 x 70% = RM 11,200
Dengan jumlah tersebut anda boleh menggunakan wang tersebut untuk melangsungkan perkahwinan anda. Inilah satu perkara yang menarik yang saya ingin kongsikan pada anda semua. Matlamat kita tercapai untuk berkahwin dan pada masa yang sama anda masih ada asset untuk simpanan masa depan.



Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu, harga ems telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz
Ini adalah kenaikan 188.3% (purata 37.66% setahun)


EMAS SEBAGAI SIMPANAN MASA DEPAN EDISI SIMPANAN MASA TUA


Umur kita saban tahun semakin meningkat. Begitu juga dengan tanggungjawab kita.  Tanpa kita sedar kita sudah menjangkau pertengahan usia kita. Pada peringkat umur seperti ini kita mesti memikirkan tentang masa depan kita pada usia tua nanti, Insya Allah jika dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.
Bagi golongan yang bekerja swasta atau bekerja sendiri, simpanan adalah amat penting untuk menjamin kesenangan pada usia tua.  Simpanan di dalam KWSP merupakan asset yang paling penting dan berguna untuk masa depan. Tapi adakah simpanan dalam KWSP tersebut cukup untuk menjamin kehidupan kita pada masa tua?
Sedarkah kita simpanan kita di dalam KWSP tersebut juga dipengaruhi dengan faktor inflasi? Kuasa beli kita saban tahun semakin berkurangan di sebabkan kebergantungan kita pada sistem wang kertas sekarang ini.  Andaikan umur anda sekarang 30 tahun dan pada umur 55 tahun(pada tahun 2035) anda mendapat RM 100,000 untuk simpanan KWSP.  Adakah kuasa beli RM 100,000 pada tahun 2035 sama dengan kuasa beli pada tahun 2010? Harga barang-barang pada tahun depan akan meningkat disebabkan kadar inflasi ini.
Sekiranya kita hanya bergantung pada simpanan KWSP ini, adakah simpanan masa depan kita mencukupi? Maka kita seharusnya bertindak untuk mengubah nasib kita. 
Apa yang ingin saya syorkan ialah dengan membuat simpanan EMAS. 
Mari kita buat analisa dan pengiraan.
Katakan umur kita sekarang  30 tahun dan umur bersara adalah 55 tahun. Maka kita mempunyai 25 tahun untuk menyimpan.
Andai pada masa sekarang anda membeli emas 100 gram dengan nilai RM 15,608.

Harga emas sekarang (November 2010)
Dengan mengambil purata kenaikan emas sebanyak 30% setahun (sila rujuk graf kenaikan harga emas untuk tempoh 2005-2010 di bawah), maka jumlah simpanan anda untuk tempoh 25 tahun akan datang adalah sebanyak RM 132,668.00. Dengan hanya membeli emas 100g bernilai RM 15,608 pada masa sekarang, anda akan dapat simpanan tambahan pada usia tua nanti.
Tahun
Harga emas
% Kenaikan emas
Jumlah simpanan
2011
15,608.00
30%
20,290.40
2012
15,608.00
30%
24,972.80
2013
15,608.00
30%
29,655.20
2014
15,608.00
30%
34,337.60
2015
15,608.00
30%
39,020.00
2016
15,608.00
30%
43,702.40
2017
15,608.00
30%
48,384.80
2018
15,608.00
30%
53,067.20
2019
15,608.00
30%
57,749.60
2020
15,608.00
30%
62,432.00
2021
15,608.00
30%
67,114.40
2022
15,608.00
30%
71,796.80
2023
15,608.00
30%
76,479.20
2024
15,608.00
30%
81,161.60
2025
15,608.00
30%
85,844.00
2026
15,608.00
30%
90,526.40
2027
15,608.00
30%
95,208.80
2028
15,608.00
30%
99,891.20
2029
15,608.00
30%
104,573.60
2030
15,608.00
30%
109,256.00
2031
15,608.00
30%
113,938.40
2032
15,608.00
30%
118,620.80
2033
15,608.00
30%
123,303.20
2034
15,608.00
30%
127,985.60
2035
15,608.00
30%
132,668.00

Sekiranya anda menyimpan wang kertas RM 15,608 pada masa sekarang, bolehkah nilai tersebut bertukar menjadi RM 132,668 sekiranya anda menyimpan di dalam bank sahaja atau ASB atau FD? Bolehkah pelaburan lain mencapai kenaikan tahunan sebanyak 30% setahun? Ingat dengan hanya sekali membeli emas 100g dan menyimpannya, anda mendapat keuntungan yang berganda. Sekiranya anda menyimpan banyak lagi emas, anda telah bertindak untuk menambah simpanan dan kesenangan anda pada masa tua.

Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu, harga ems telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz
Ini adalah kenaikan 188.3% (purata 37.66% setahun)