Harga Emas Dunia

Dec 22, 2010

Seminar Kebangkitan Dinar Islam Dalam Muamalah Ummah

Sedang berada di PWTC untuk mendengar dan memahami tentang dinar islam.
Dapat juga memahami tentang sejarah penggunaan wang kertas. Kita sebenarnya sudah ditipu dengan penggunaan wang kertas ini. Saya akan menerangkan lebih mendalam selepas selesai seminar ini.

Dec 16, 2010

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham Part 3

Mengapa perlu menggunakan Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)

1. Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia dan merupakan sumber kekayaan yang sebenar.
• Emas bernilai untuk selama-lamanya. Daripada zaman firaun sehingga sekarang nilai emas sentiasa meningkat.

2. Emas mengekalkan kuasa belinya dalam tempoh masa panjang.
~ Sebagai contoh pada zaman Rasulullah SAW, 1400 tahun yang lalu, 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing. Pada zaman sekarang jugak kita boleh membeli seekor kambing dengan menggunakan 1 dinar emas sahaja.
~ Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham, hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

3. Nilai mata wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang
• Kuasa beli wang kertas akan semakin jatuh akibat dipengaruhi inflasi

Jadi, Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan Dinar dan Dirham.

Bersambung....

Part 4 : Bagaimana dan bila boleh menggunakan Dinar dan Dirham?

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham Part 2

Apa itu Dinar dan Dirham?

Dinar merupakan mata wang yang berteraskan emas. Standard dinar telah diperkenalkan dan ditetapkan oleh khalifah Umar Al-khatab yang telah menetapkan berat timbangan dinar emas adalah sebanyak 4.25 gram. Penggunaan dinar ini telah digunakan secara meluas pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam.. Manakala dirham pula berteraskan perak.

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916).Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Tahukah kita, Dinar dan dirham adalah mata wang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Hadis Nabi...
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Untuk membezakan dinar emas yang dikeluarkan oleh pemerintah Islam dan pemerintah barat, dinar dan dirham tersebut diukir dengan Kalimah Syahadah dan ayat Al-Quran.

Bersambung...

Part 3 : Mengapa perlu menggunakan Dinar dan Dirham?

Perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham... Part 1

Pengenalan....

Dinar dan dirham merupakan mata wang sunnah. Sebagai org muslim kita perlu sedaya upaya untuk mengamalkan dan menggunakan mata wang sunnah ini. Masih ramai lagi yang tidak mengetahui mata wang sunnah ini. Ini disebabkan kita sudah diasuh drpd kecil menggunakan mata wang kertas yang lahir daripada idelogi zionis sejak pemerintahan khalifah islamiyyah lagi. Mereka telah memperkenalkan sistem bank yang berteraskan riba dengan mencipta wang kertas.
Mungkin kita tidak sedar dengan penggunaan wang kertas ini, nilai mata wang kita semakin lama semakin jatuh. Kita boleh ambil contoh mata wang rupiah indonesia. Pada masa indonesia mendapat kemerdekaan, nilai 500 rupiah bersamaan dengan 1 dinar emas. Tetapi sekarang ini, rakyat indonesia perlu memiliki 3000 keping syiling 500 rupiah untuk membeli 1 Dinar emas.
Adakah kita mahu negara kita mendapat nasib yang sama? Fikir2kan.. Semoga Allah merahmati kita.. Amin..
Bersambung pada part 2...

Harga Pajak Emas Ar-Rahnu Agro Bank Dec 2010

Harga naik lagi!!!

AU 999 

Bulan
Kadar Emas Per Gram
November
165
December 
168.5

AU 916

Bulan
Kadar Emas Per Gram
December 
151.9


Sharing is Caring...

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS: KEBANGKITAN DINAR EMAS DALAM MUAMALAH UMMAH

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS: KEBANGKITAN DINAR EMAS DALAM MUAMALAH UMMAH

Bagi pendokong Dinar dan Dirham, emas dan perak mari kita penuhkan seminar ini:


PERSATUAN ULAMA MALAYSIA & AL-QAFILAH INTERNATIONAL

menjemput anda semua ke

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS
bertajuk

“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”
22 Disember 2010, Rabu, Bilik Perhentian, PWTC, Kuala Lumpur

Suatu peluang keemasan untuk menyedari kelemahan sistem kewangan semasa dan menyiapkan diri bagi menghadapi kemelut krisis kewangan yang bakal melanda. Kepada pihak yang inginkan jaminan harta simpanan, keadilan dalam perdagangan dan kesempurnaan dalam beribadah, dijemput hadir beramai-ramai.

Pengenalan

Untuk melestarikan usaha Dinar & Dirham di Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia bersama Al-Qafilah International Sdn Bhd akan menganjur Seminar Minisiri Dinar Emas bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keperluan Dinar & Dirham dalam Muamalah umat Islam.

Pelancaran Kelab Penyokong Dinar dan jualan Dinar & Dirham akan turut memeriahkan lagi acara ini.

Pengisian

* Pandangan Menyeluruh & Trend Semasa
* Kemunculan dan kejatuhan matawang kertas
* Mengapa harus dikembalikan Dinar & Dirham
* Dinar Emas dalam Syariah
* Apakah kegunaannya & sudut Fikh
* Masa depan sistem kewangan Dinar & Dirham

Program Cadangan (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan)

08:30 am Pendaftaran

09:00 am Pembukaan oleh Penganjur

09:05 am Bacaan Al-Qur’an

09:10 am Ucaptama & Perasmian ‘Kelab Penyokong Dinar’

-Dato' Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, YDP Persatuan Ulama’ Malaysia.

09:40 am: Montage – “The Dinar Experience”

09:45 am: Topik 1: Inisiatif Dinar Emas – Pandangan Global

- Haji Zahimi Bin Chik, Pengarah Urusan Al-Qafilah International

10:05 am: Topik 2: Kemunculan dan Kejatuhan Wang Kertas

- En. Khalidshah, Ahli Bersekutu Gold Dinar Research Group, USM

10.30 am Rehat / Sketsa

10:50 am: Topik 3: Kegunaan Dinar & Dirham

- En. Mazli Alias, Pakar Penganalisis Pasaran Ekuiti

11:30 am: Topik 4: Jual Beli Dalam Islam

- Haji Awaluddin, Nubex Venture

12:00 pm: Topik 5: Dinar Dirham – Langkah Kehadapan

- Puan Norbaini Hassan, Konsultan Kewangan

12:30 pm: Topik 6: Kelab Penyokong Dinar

- En. Redhuan Oon, Pengasas ADempiere

SESSI PETANG

01.00 pm: Rehat & Solat Zohor

02.00 pm: Topik 7: Perbincangan tentang Matawang dalam Kitab Klasik dan Semasa

- Haji Abdullah Zaidi bin Hassan, Penyelidik

02.30 pm: Topik 8: Perkembangan Dinar Dirham Di China.

- Haji Ann Wan Seng, Pendakwah

03.00 pm: Topik 90: Dinar Dirham sebagai Matawang Syariah

- Ustaz Rafidi Hashim Pendakwah

03.30 pm: Topik 10: Dinar Dirham dan Kaitannya dengan Zakat dari Perspektif Fiqh

- Dr. Luqman Haji Abdullah, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul U. Malaya

04.00 pm: Penutupan

- Prof. Umar Ibrahim Vadillo, Pengarah Urusan Kelantan Golden Trade

Yuran Pendaftaran

* Seminar + 1 sarapan = RM 50
* Seminar + 3 makan = RM 150

Cara Bayaran

1. Cek boleh dibuat kepada Al-Qafilah International Sdn Bhd" atau;
2. Deposit wang ke akaun no. 562759-107970 di Maybank Berhad, Kota Damansara Branch, Selangor.

Hubungi

1. En. Khairul :             013 671 4932      
2. Amzar :             03 7729 9640      
3. Zahimi :             017 882 4223       (zahimi@al-qafilahinternational.com)

TARIKH TUTUP: 14 DIS. 2010

Dec 15, 2010

Dinar sebagai medium pertukaran perdagangan antarabangsa masa depan

Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir
LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) -- Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.

"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir pada hari Rabu.

"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya.

Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.

Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.

"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.

Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.

"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting."

"Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA ---