Harga Emas Dunia

Mar 11, 2011

MINISIRI DINAR EMAS 2011 - SELANGOR


“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”

27 Mac 2011, Ahad, Dewan Seminar, Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA, Selangor

Suatu peluang keemasan untuk menyedari  kelemahan sistem kewangan semasa dan persiapan diri bagi menghadapi kemelut krisis kewangan yang bakal melanda.

Kepada pihak yang inginkan jaminan harta tabungan, keadilan dalam muamalah dan kesempurnaan dalam beribadah, dijemput hadir beramai-ramai.

Pengenalan
Demi melestarikan usaha mengembalikan matawang Syariah di Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia bersama Al-Qafilah International akan menganjur siri seminar bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kelemahan sistem kewangan semasa dan perlunya dikembalikan penggunaan Dinar dan Dirham dalam muamalah umat Islam.

Pengisian
  • Mengenali sifat sebenar matawang kertas
  • Kezaliman sistem matawang kertas dan riba
  • Kegunaan dinar & dirham dalam kehidupan harian
  • Memahami isu-isu dalam Perbankan Islam
  • Langkah-langkah mengembalikan dinar & dirham
  • Tawaran menjadi wakalah dan wadiah



Program Cadangan (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan)
09:00 am          Pembukaan oleh Penganjur
09:10 am          Ucaptama & Perasmian oleh Dekan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara
09:35 am:         Topik 1:  Apa itu Wang? - Mengenali Sifat Sebenar Matawang Kertas
11:00 am:         Topik 2:  Kezaliman Matawang Kertas dalam Perdagangan
11:35 pm:         Topik 3:  Kezaliman Matawang Kertas dalam Ibadah
02:00 pm:         Topik 4:  Kegunaannya Dinar & Dirham dalam Muamalah dan Ibadah
02.30 pm:         Taklimat:  Sistem Wakalah – Kelantan Golden Trade / Public Fine Gold Int.
03.00 pm:         Topik 5:  Adakah perbankan Islam telah menyelesaikan isu riba dalam perbankan
04:00 pm:         Topik 6:  Dinar & Dirham – Langkah Kehadapan
05.00 pm:         Selesai

Penjualan Dinar & Dirham akan turut memeriahkan acara


Yuran Pendaftaran: (makan & minum disediakan)
  1. Individu:                                              = RM 50.00 (tanpa sijil)
  2. Individu:                                              = RM 60.00 (beserta sijil)
  3. Syarikat /Jab. Kerajaan /Institusi         = RM 200.00 (beserta sijil)

Cara Bayaran
  1. Cek boleh dibuat kepada “Al-Qafilah International Sdn Bhd" atau;
  2. Deposit wang ke akaun no. 562759-107970  di mana-mana cawangan Maybank

Cara Pendaftaran
1.       Pendaftaran boleh dibuat secara atas-talian di www.al-qafilahinternational.com ATAU
2.       Isi matlumat di bawah dan emel ke info@al-qafilahinternational.com

Pegawai untuk dihubungi
  1. Zahimi              Tel:  017 882 4223

…………………………………………………………………………………………………………

BORANG PENDAFTARAN
“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”
27 Mac 2011, Ahad, Dewan Seminar, Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA, Selangor

Sila daftar untuk menempah tempat:

Nama: _________________________________________________________________________________
Individu / Organisasi: ___________________________________________________________________
Alamat:_________________________________________________________________________________
Jenis Penyertaan:        RM50.00 / RM60.00 / RM200.00
Hubungi di:  Telefon: _______________________________Fak: _________________________________
Email: __________________________________________

Tarikh tutup: 25 Mac 2011


AL-QAFILAH INTERNATIONAL @ NUBEX
C315 Centre Wing, Metropolitan Commerce Square, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel:  03 7729 9640            Fax: 03 7729 9940

Mar 1, 2011

Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak... TAHNIAH!!

IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.
Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. - SUMBER DARIPADA BERNAMA
  • E-mail this story
  • Print this story