Harga Emas Dunia

Nov 8, 2010

EMAS SEBAGAI SIMPANAN MASA DEPAN EDISI PERKAHWINAN


Tahukah anda bahawa emas merupakan penyimpan nilai yang terhebat? Emas tidak dipengaruhi oleh Inflasi. Kuasa beli kita tidak akan berubah sekiranya kita menggunakan emas sebagai simpanan kita. Bagi orang-orang yang muda yang merancang untuk berkahwin pada masa akan datang, mereka akan mula untuk menabung untuk berkahwin. Bukan mudah untuk berkahwin sekarang ini. Paling kurang RM20,000 diperlukan untuk belanja perkahwinan.
So kita akan berfikir di manakah kita mahu menyimpan duit untuk berkahwin. Kita akan berfikir untuk mencari pelaburan yang mana memberi pulangan paling besar.  Di sini saya merasakan pelaburan EMAS merupakan satu pelaburan jangka panjang yang paling besar dan menguntungkan.
Dengan menukar simpanan anda kepada EMAS, anda tidak akan kehilangan wang anda. Anda bukan sahaja boleh melangsungkan perkahwinan anda malah anda dapat emas sebagai simpanan masa depan anda. Anda boleh mula menabung dengan membeli emas setiap bulan.  Gunakan duit yang kita hendak simpan tiap-tiap bulan dengan membeli emas.
Katakan anda ingin berkahwin dalam masa 2 tahun. Mari kita buat Analisa dan Pengiraan.
Andaikan anda ada simpanan RM 10,000 sekarang. Anda tukarkan simpanan kepada EMAS.  Dengan wang RM 10,000 anda dapat membeli 64 gram Emas.

Harga emas sekarang (November 2010)
1 gram = RM 156
64 gram = RM 10,000
Berdasarkan pengiraan masa lepas (sila rujuk graf di bawah) purata kenaikan emas adalah sebanyak 30 -37% setahun. Kita ambil purata kenaikan sebanyak 30% sebagai pengiraan kita.
Tahun
Simpanan
% Kenaikan emas
Jumlah simpanan
2010 - 2011
10,000.00
30%
13,000.00
2011 - 2012
10,000.00
30%
16,000.00

Maka jumlah simpanan anda pada 2 tahun akan datang adalah sebanyak RM 16,000.00!
Selepas 2 tahun, anda boleh menggunakan wang tersebut untuk belanja perkahwinan anda.
Ada 2 cara yang boleh anda gunakan.
1.       Jual semua emas anda dan akan mendapat wang  tunai sebanyak RM 16,000.00.
2.       Pajak ke Ar Rahnu Agro Bank dan anda mendapat 70% daripada jumlah harga semasa emas.
Saya mengesyorkan anda menggunakan kaedah 2 kerana anda masih boleh menggunakan emas tersebut sebagai simpanan masa depan di samping anda dapat melangsungkan perkahwinan anda.
Anda bawa emas anda ke Ar Rahnu Agro Bank untuk pajak emas tersebut. Anda akan mendapat wang tunai sebanyak 70% daripada jumlah harga emas semasa. RM 16,000 x 70% = RM 11,200
Dengan jumlah tersebut anda boleh menggunakan wang tersebut untuk melangsungkan perkahwinan anda. Inilah satu perkara yang menarik yang saya ingin kongsikan pada anda semua. Matlamat kita tercapai untuk berkahwin dan pada masa yang sama anda masih ada asset untuk simpanan masa depan.



Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu, harga ems telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz
Ini adalah kenaikan 188.3% (purata 37.66% setahun)


1 comment: