Harga Emas Dunia

Nov 16, 2010

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat

"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya."

"Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.
Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan."

"Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.
"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.
"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya."

Petikan daripada Utusan Malaysia...
Utusan Malaysia Online - Bicara Agama 16 November 2010

No comments:

Post a Comment