Harga Emas Dunia

Nov 10, 2010

KONSEP BELI EMAS BARU BERBELANJA EPISOD 2


Dalam artikel sebelum ini, mesti ramai yang tertanya bagaimana kita hendak menebus emas yang kita telah pajak di Ar Rahnu Agro bank. Dalam episod ini saya akan menerangkan 2 cara untuk menebus emas tersebut.
Cara yang pertama:
Rancang perbelanjaan bulanan anda dengan menyimpan simpanan anda untuk menebus emas tersebut.
Tempoh tebus di agro bank adalah selama 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan = 1 tahun 6 bulan
Anda mempunyai masa 1 tahun 6 bulan untuk menebus emas anda di agro bank.  Rancang perbelanjaan anda untuk menebus emas ini.  Setelah anda mempunyai simpnan yang cukup, anda boleh la menebus emas tersebut. Kita hanya membayar nilai pinjaman sahaja dan bukan mengikut harga emas semasa.
Ingat! Pastikan anda membayar upah simpan untuk setiap 6 bulan.
Anda ingin tahu bagaimana pengiraan upah simpan?? Mari kita buat pengiraan
Harga emas semasa di Agro bank = RM 159.10 ; Anda pajak 10g emas
UPAH SIMPAN UNTUK 6 BULAN

= Nilai marhum (159.10x10g) x kadar upah simpan per gram (0.60) x 6 bulan
                                                                     100
= RM 57 untuk tempoh 6 bulan
Setelah anda mempunyai cukup simpanan, anda boleh la menebus emas tersebut.  Anda telah untung kerana bukan sahaja anda dapat berbelanja seperti biasa tapi anda mempunyai emas yang harga sudah tinggi nilainya.
Cara yang Kedua :
Cari customer untuk beli emas anda yang telah dipajak. Anda mempunyai masa 1 tahun 6 bulan untuk menjual emas anda.  Andai pada bulan ke 6 ada customer yang ingin membeli emas anda (andaikan harga semasa emas pada ketika itu bernilai RM1700), so anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menebus emas anda di agro bank. Mari kita lihat keuntungan yang anda perolehi selepas menjual emas tersebut.
Keuntungan = RM 1700 (Harga emas semasa) – RM 1100 (Nilai pinjam)
                            = RM 600
So, keuntungan yang anda perolehi dalam masa 6 bulan sahaja adalah sebanyak RM 600.00. Sekiranya anda menyimpan emas tersebut lebih lama lagi maka tinggi la keuntungan yang anda dapat.

7 comments:

  1. Tapi kalau dah jual, kena ingat kita x dapat beli dengan harga yang sama dah pastu...eheheh-nasir

    ReplyDelete
  2. kalau ada byk emas bleh la jual sikit..tapi kalo ade sikit je sayang sgt nak jual sbb pasni nak beli semula dah mahal...

    ReplyDelete
  3. betul tue:) jual sekiranya kita xde duit nak tebus semula emas kita:) hehehe

    ReplyDelete
  4. jgn jual langsung..itu yg bagus..emas itu adalah aset kita..jd, buat pa dijual.. haaha!!! ;-)

    ReplyDelete
  5. kalo x bayo tiap 6 bln ape jd? die jual la mas tu ek? ke die kol dlu btaw?

    ReplyDelete
  6. kalo selama 6 bulan tu kita cume bayar kos simpan je (tak byr nilai pajak kite langsung)..bank (agro) akan automatik extend period simpanan 3 bulan..then kite juz bayar lagi kos simpan sahaje..kite bleh mintak bank extendkan lagi 6 bulan + 6 bulan smpai la kite g tebus..kalo tak tebus2 jugak..bank akan lelong emas kite..n if ade keuntungan dr emas yg dilelong (maksudnye bank dh dpat cater sume nilai pajak kite n kos simpan)bank akan pulangkan keuntungan tu pade kite..(ini aku ade bace dlm satu blog tapi tak ingat blog ape..)

    ReplyDelete
  7. syidah.. ko kena buat artikel pasal pajak2 nie:)

    ReplyDelete